Thursday, September 30, 2021

Genap setahun 2 Bulan di Alam Perkerjaan

 Assalamualaikum.

Ak nk share sebahagian dari pengalaman  di alam perkerjaan selepas 1 tahun grad dari UTM.

    FYI, ak sudah bekerja sebagai buruh selama 6 bulan dan sekarang sebagai consultant civil, structural dan geotechnical engineering di sebuah company yang kecil juga selama 6 bulan.

    Kerja sebagai buruh kasar, kena hadap la penat fizikal, panas, demam, dan benda2 related dengan fizikal badan kita. Mental tu okay je, relax, tenang dan dapat tidur lena. Best jugak kerja 6 bulan tu. Berat badan naik 5kg, otot-otot baru muncul dan boleh baiki rumah sendiri dah nanti.

    Okay, sebagai consultant pulak, baru ak dpt relate bnyk sikit dengan apa yang kite belajar di UTM. Mostly what we had learned was totally about theory la kan? and yessss memang benda tu kita kena kuasai, at least basic. Supaya,  bila da kerja, kita tahu nak start kerja mcm mana immediately. 

    Secondly, kita kena tahu step design yang kita nak buat especially untuk infradesign. Dekat uni tak detail sangat, mungkin ada yang terlepas pandang sebab bukan job scope dia semasa IDP. Walhal, benda tu bagi aku paling penting untuk kita kuasai betul2. Sebab apa? sebabbbbb, start je kerja consultant, ak kena hadap Masma 2nd Edition nak design OSD, ESCP, Wetpond, Drypond dlm masa seminggu dua. Road and Drainage, sewerage, water reticulation pun kena layan, Kebetulan time masuk mmg ad bnyk projek perumahan besar2. Nasib lahhhhhh. untuk satu perojek perumahan bukan sekali je kena design, mungkin 2-5 kali kena redesign sebab bnyk sngt pindaan dari planner. Fuhhh makin naik power spec mata ak hadap monitor.

    Untuk adik2 yang masih belajar, belajar lah rajin-rajin. Jangan bila masuk kerja baru nk tanya senior engineer macam2 bab benda basic. Kalau tak dilayan sangat, mental la kau kerja kat situ tak tau halatuju.

    Haa satu lagi, kuasai bab2 ilmu komputer ni. Rajin2 kan latih diri belajar guna software baru. Bia kita dapat SKILL EXPLORING NEW SOFTWARE haa cenggitu. Ak ada sekali kena guna Prokon tetibe utk design structure bumbung parking bus, walhal xpernah guna. Ak tekan2 je, nasib baik cepat tangkap software tu functioning mcm mane. dah la boss tunggu kt belakang tgk ak buat. kicap sejam lebih boss tgk tak lari2 pun, Adrenaline rush terjadi. nasib baik time nak proceed analysis step senior baik dtg suh tekan itu ini. selamatttttttttttttt.

    So, kalau korang dapat good impression dari boss dan rakan sekerja, korang akan dapat berkomunikasi dan berbincang dengan baik tentang design project korang buat. kalau dapat bad impression awal2. hmmmmm. mental sis. kena jadi hati kental.

sorry lah jalan penceritaan tak teratur and ayat tunggang langgang XP

No comments:

Post a Comment